Monday, April 25, 2011

Perang Uhud

Perang Uhud telah terjadi tanggal 15 Syawal 5 Hijrah bersamaan hari Sabtu diantara kaum Muslimin dan kafir quraisy.Peperangan tersebut berlaku di pergunungan Uhud yang terletak 2 kilometer di sebelah utara Madinah. Pasukan Rasulullah SAW disertai 700 orang  tentera muslimin manakala tentera kaum quraisy seramai 3000 orang.

Sesampainya di pergunungan Uhud,Rasulullah mengatur posisi tentera muslimin dan 50 orang ditempatkan di atas sebuah bukit sebagai penghadang pasukan musuh yang akan menyerang dari belakang.Mereka telah dipesan oleh Rasulullah agar tidak mengosongkan bukit itu sehingga mendapat perintah daripada baginda. 

Sebaik peperangan bermula,tentera Islam berjaya mengatasi pihak musuh.Terdapat musuh yang terbunuh dan yang lainnya cuba melarikan diri.Namun sayangnya tentera Islam mula tergiur dengan harta rampasan musuh yang sangat banyak sehingga 40 orang yang berkawal di atas bukit turut turun untuk mendapatkan harta tersebut.

Di saat peperangan yang belum usai itu,pasukan quraisy segera menyerbu sepuluh tentera yang tinggal di atas bukit dari belakang.Pasukan Islam yang mula kucar-kacir diserang dari setiap sudut dan musuh cuba mendekati Rasulullah SAW.Dalam keadaan porak-peranda itu,tersebar pula khabar angin bahawa Rasulullah telah meninggal.

Pada waktu itu,Rasulullah pengsan akibat terkena lemparan batu.Anak panah musuh menghujani baginda SAW sehingga muka,lutut dan bibir bawah baginda luka-luka.Terdapat beberapa sahabat yang gugur demi mengahalang panah mengenai tubuh Rasulullah.Perang Uhud telah mencatat kehilangan 70 orang syuhada dan sejumlah yang lain cedera.

Begitulah serba sedikit kisah Perang Uhud.Rasulullah yang kita semua sayangi telah luka-luka akibat segelintir kaum muslimin yang  mengejar harta rampasan perang sehingga melupakan pesanan baginda supaya berkawal.Kita hari ini pun,jika terlalu ghairah dengan harta dan hal-hal keduniaan semata mungkin saja di masa Perang Uhud kita termasuk tentera yang terlupa itu.Terlupa pesanan Rasulullah dan menyebabkan baginda terluka.

1 comment:

  1. gunakan la strategi perang ni dalam exam..huhu

    ReplyDelete