Thursday, April 21, 2011

holding hands?

Aku rasa sudah banyak sangat teguran dan nasihat buat pasangan bercinta yang belum berkahwin lagi,samada di internet dan dalam tv.Tapi still ramai yang buat-buat tak tahu dan terus bercouple.Berdating tanpa rasa segan silu pula tu.

Ya,memang susah nak putuskan hubungan bila dah terjebak dalam percintaan-yang-kononnya-akan-ke-jinjang-pelamin-akhirnya ini.Lebih susah bila hubungan yang dibina sudah mengambil masa bertahun-tahun.

Bila dah degil sangat nak couple tu,harapnya sama-sama cuba untuk menghindari berdua-duaan di tempat gelap dan sunyi dan membataskan waktu berjumpa.Kadang-kadang rasa kasihan tengok betapa tak-tahu-malu nya couple-couple hingusan ni dating lepas tu berjalan sambil berpegangan tangan pula.


Sedangkan Nabi Muhammad berpesan yang bermaksud “Lebih baik dicucuk akan jarum besi yang tajam daripada seseorang itu menyentuh kulit perempuan yang bukan muhrimnya.” (Riwayat at-Tabrani).

pegang sikit pun tak boleh!


Tapi tu lah,mungkin sebab ramai couple yang selalu jalan pimpin-pimpin tangan, jadi perkara ini terlihat biasa.Mungkin di sinilah peranan kita untuk bagitahu dekat orang-orang yang tak tahu ini bahawa berpegangan tangan diantara bukan muhrim tidak dibenarkan Islam.

5 comments: