Tuesday, April 12, 2011

kuantan-kl-kuantan

Habis je exam calculus sabtu lepas aku dan Farah Hanis terus beli tiket bas ke Shah Alam.Dalam pukul 6.30 pm kami sampai Stadium Melawati dengan teksi.Segan sangat masa mula-mula sampai sebab tak nampak muslimat pun dekat luar stadium.Nasib baik Farah Adlina cepat sampai,ramailah sikit nak berjalan masuk bersama.

Usai solat maghrib,isyak dan solat hajat beramai-ramai,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pun menyampaikan amanat beliau pada kami.*Tuan Guru sendiri yang request nak jumpa mahasiswa*.Kagum sungguh aku pada menteri besar kesayanganku ini,walaupun penat,tetap nampak bersemangat.Rupanya Tuan Guru pun baru sampai dari Pahang,kalau aku tahu boleh tumpang sekali,hehe.

Aku balik awal dari himpunan mahasiswa Kelantan malam tu dan tak sempat dengan sesi dialog bersama pimpinan kerajaan negeri.Tapi sekurang-kurangnya dapat juga melihat tuan guru dan mengecas semangat dengan mendengar ucapan beliau.Keluar je stadium Malawati,ramai pula beri salam pada aku dan Farah,"Assalamualaikum ustazah!".(?)Ada perlawanan bola sepak rupanya dekat stadium bersebelahan.Patutlah...

Malam itu,aku menumpang tidur di rumah kakak Farah Hanis.Esoknya kakak Farah hantar kami ke uia pj.Rasa rindu semacam dekat pusat asasi pj ni.Huhu.Bukannya lama sangat pun aku tinggalkan tempat tu.Sebenarnya aku lebih rindukan Anis,Alifah dan Liyana.Tak sempat nak berborak panjang pun kan,tak apalah lain kali kita jumpa lagi,InsyaAllah.Satu malam lagi aku tidur di uia pj ni^^

Nak keluar dari uia pj semalam,pak guard tahu juga kitorang squatting dekat situ.Luckily tak kena saman.Rasa macam dipermudahkan je sampailah aku dan Farah ke Bukit Jalil.Dekat Bukit Jalil hujan lebat mencurah-curah macam tak nak berhenti.Sebab dah agak lewat nak naik bas pukul 5.15 pm kami pun berlari-lari meredah hujan.Memang basah lencun.Paling menggembirakan hati,seorang chinese lady bagi payung dekat kami.*Walaupun dah agak terlambat,-.-"*

10 malam tadi sampai juga aku dan Farah di terminal makmur kuantan ini.Oh kalau ini sebuah karangan upsr,aku nak end dengan walaupun kami rasa penat,tapi sangat seronok.Hehee.Semoga perjalanan aku dan Farah tidak sia-sia di pandangan Allah.Hari ni suara dah serak-serak basah,rasa macam nak demam...Tapi ada satu last paper lagi.Doakan aku kawan-kawan^^

2 comments:

  1. aku doakan!

    tunggu aku disana sayang...miss you huhu.

    betol. allah permudahkan sebab mg mai sini dgn niat kerana Allah insyaAllah :)

    ReplyDelete