Sunday, May 29, 2011

pintalah akan syurga

"Apabila ia (neraka) melihat mereka dari jauh,mereka mendengar suaranya yang menggelegak kerana marahnya.(12)
Dan apabila mereka dilemparkan ke tempat yang sempit di neraka dengan dibelenggu,mereka di sana berteriak mengharapkan kebinasaan*.(13)
(Akan dikatakan kepada mereka),"Janganlah kamu mengharapkan pada hari ini satu kebinasaan,melainkan harapkanlah kebinasaan yang berulang-ulang."(14)
Katakanlah(Muhammad),"Apakah (azab) seperti itu yang baik, atau syurga yang kekal yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa sebagai balasan,dan tempat kembali bagi mereka?"(15)
Bagi mereka segala yang mereka kehendaki ada di dalamnya (syurga),mereka kekal (di dalamnya).Itulah janji Tuhanmu yang pantas dimohonkan(kepada-Nya).(16)
~Surah Al-Furqan:12-16~

*Mereka mengharapkan kebinasaan,agar terlepas dari siksa dan azab api neraka.

Doa memohon syurga dan berlindung dari neraka
Ertinya : Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan keredhaan-Mu serta syurga,dan aku berlindung dengan-Mu dari kemurkaan-Mu dan api neraka.

Thursday, May 26, 2011

zahidi dan palestin

Hari ini ulangtahun kelahiran yang ke-7 Muhammad Zahidi.Adik aku yang selalu jadi inspirasi untuk aku boikot barangan keluaran Israel-Amerika.



Sejak Zahidi lima tahun lagi,dia selalu tengok video-video kekejaman Israel terhadap Palestin.Lepas tu dia akan tanya aku,pihak mana yang baik dan yang mana satu jahat.Dia juga akan tanya samada kita boleh tolong tak saudara kita yang baik dekat Palestin sana.

Bermula tahun lepas, Zahidi turut sama memboikot produk Amerika-Israel.Perkara paling susah Zahidi nak boikot mulanya adalah minuman Milo.Entahlah,Milo semacam minuman kegemaran semua kanak-kanak.Di rumah, kami cuba ganti minuman coklat Milo dengan Vico.Pertama kali Zahidi minum Vico,dia cakap dekat aku yang air Vico ada bau yang tak best,tak sama dengan Milo.

Aku pun tak sedar sebenarnya sejak  bila Vico pula jadi favourite dia sampailah hari ini.Tapi aku ingat waktu dia bersekolah PASTI dulu,dia selalu cerita dekat aku yang ustazah dia dekat sekolah masih buat air Milo untuk dia dan kawan-kawan.Padahal dia sudah bagitahu ustazah yang dia boikot Milo.Akhirnya ustazah buatkan air teh untuk Zahidi sahaja.Haha.

Zahidi berjaya buktikan yang dia tak perlu bergantung kepada produk yang menyokong Yahudi pun walaupun dia membesar dengan minum Milo hari-hari sebelum ini.Lagipun banyak lagi alternatif lain seperti produk dalam negara dan keluaran Muslim khususnya.

Kita pula terlalu beralasan untuk memboikot produk Amerika-Israel.Sedangkan tanpa produk mereka,kita tak akan lapar dan kebulur pun.

Happy birthday my baby boy!

Tuesday, May 24, 2011

kerana manisnya iman

Kamu tidak akan dapat mencapai kemanisan iman,jika kamu tidak bersusah payah kerana iman itu.[Sayyid Qutb]

Apa susah payah kita?Kita sebenarnya sudah bersusah payah atau tak berusaha pun untuk merasai kemanisan iman selama ini?

Sunday, May 22, 2011

katakan tak nak!

Katakan tak nak pada rokok,bukannya rokok ada telinga pun.Katakan tak nak pada PEROKOK,mereka mendengar hehe.

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.Ini atas beberapa alasan;

  1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
  2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
  3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
  4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
  5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.
Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.-DR MAZA-

Sekarang korang dah ada alasan kukuh untuk putus kalau pakwe korang merokok.Kalau pakwe tak merokok pun bagus juga kalau putus. :)

Friday, May 20, 2011

a little rebellion is good

"This is part of growing up.A little rebellion,a little adventure.Thats good,healthy even."-Flynn Rider-

Heh? :)

Diorang cakap remaja memang macam tu.Kalau tak memberontak,bukan remaja namanya.Terutamanya pelajar asrama,nak melawan cakap warden je kerjanya.

Rules are made to be broken,oh yeah.

Kadang-kadang sebab peraturan di sekolah ridiculous sangat.Pelajar perempuan dilarang pakai tudung serabai,wajib lipat tudung sampai muka nampak bulat macam bola sepak dan letak pin kiri kanan!What the..?

Dan wajib pakai baju kurung pergi solat dekat surau.Dekat Malaysia orang solat pakai telekung lah.Macam mana nak khusyuk kalau panas bermandi peluh dan panas dalam hati.

Sudah tentu lah student sakit hati dan tak nak ikut dan nak buat lagi banyak benda yang dilarang.Nak tunjuk ketidakpuasan hati lah katakan.

Tapi kan,kalau kau degil tak nak pergi solat berjemaah dekat surau tu tak cerdik namanya.Pahala solat berjemaah 27 kali ganda daripada kau solat sendirian dalam dorm dengan tak khusyuknya sebab takut warden tangkap,err berapa je nilai solat kau?

Senang cerita,tak apa nak rebel tapi tengoklah banyak mana kau untung.Kalau asyik kena demerit je baik tak payah.Brutal pun kena brilliant :)

Cuma jangan nak rebel dengan peraturan Tuhan!

Bila langgar peraturan sekolah kau pandai-pandailah nak selamatkan diri,tapi kalau menentang peraturan Tuhan kau pun tahu tak boleh nak lepaskan diri.

p/s:Aku tahu adik aku budak baik,kan?

Tuesday, May 17, 2011

Allah Maha Baik

Ada satu kisah tentang seorang gadis yang kena nasihat oleh seorang ustaz sebab tak tutup aurat.Ceritanya gadis tersebut bengang bila ustaz sebut tentang syurga dan neraka lalu dia mempersoalkan kenapa neraka diciptakan sekiranya Allah benar-benar Maha Baik.Dan kisah ini aku ambil dari blog ini.

"Lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka.",nasihat ustaz pada gadis itu.

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?"


Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni.Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tauke judi, atau bapa ayam.Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.Kalau awak nak lari, saya bunuh je.Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.Tak ada siapa yang terima hukuman.Sebab Tuhan itu 'baik'.Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.Sebab tu neraka perlu wujud.Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

Monday, May 16, 2011

mom 3x then dad

Hari ini Hari Guru.Semua orang pun tahu.Hari Ibu dah lepas pun semua orang tahu.Tapi aku tak buat entry pun untuk ummi aku sempena Hari Ibu hari tu.Tahun lepas,buat pula entry sempena Hari Bapa  untuk abah.Aku bukan pilih kasih,cuma tak sempat nak tulis dekat blog.Jadi entry hari guru hari ini adalah buat guru terbaik aku,UMMI.

Berdasarkan hadis yang selalu kita dengar,Rasulullah SAW menegaskan keutamaan berbuat baik  terhadap ibu adalah tiga kali berbanding ayah.Ya,kena utamakan ibu dulu sebelum ayah.Dan berbuat baik terhadap kedua ibu dan ayah merupakan satu kewajipan!

"Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya.Ibunya telah mengandungkannya dengan bersusah payah,dan melahirkannya dengan susah payah(pula)......"~Surah Al-Ahqaf:15~

Apapun, penghargaan berupa ucapan dan hadiah tak pernah diminta pun oleh seorang ibu.Harapan dan doa ibu terhadap anak-anaknya adalah menjadi anak yang baik,berbuat baik pada mereka dan mendoakan ibu dan ayah selalu.Kenanglah jasa ibu kita^^

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

Thursday, May 12, 2011

khas untuk perempuan Islam

Blog ini rasanya dah ramai yang pernah jenguk kan.Aku nak kongsikan juga dekat sini sebab mungkin ada yang belum tahu tentang blog tersebut.

Bukan apa,blog ini salah satu medium yang baik untuk menegur perempuan dan wanita Islam supaya kita menutup aurat dengan betul.Bila kita tahu apa salah kita,mudah-mudahan kita dapat menutup aurat dengan baik mengikut yang Islam telah syaratkan.


Setelah kita tahu kesalahan-kesalahan dalam menutup aurat yang sebenar,bolehlah kita ajak sekali orang-orang yang kita sayang berubah sama,kan.

Tuesday, May 10, 2011

shortshem

saya student math :)
Disaat orang lain sedang bercuti,aku meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar dengan mengambil semester pendek di uia terchenta ni.Ahha.

Sebenarnya semester ini aku tak ambil subjek berkait matematik pun.Tapi cabarannya lebih besar sebab aku ambil subjek yang memerlukan aku rajin membaca.Bahasa Melayu For Science dan Islamic Civilization.

Ingatkan masuk universiti tak payah belajar BM.Huhuuu.Tapi takpe,bila lagi nak pandai bahasa sendiri kan.

Di zaman Rasulullah dahulu,Rasulullah SAW menyuruh Zaid bin Tsabit mempelajari tulisan Yahudi supaya Zaid dapat menuliskan surat untuk baginda SAW kepada orang Yahudi dan dapat membaca surat dari mereka.

Sepatutnya kita macam tu lah kan.Berusaha menguasai pelbagai jenis ilmu dan kepakaran.Bila setiap muslim kuat,umat Islam keseluruhannya akan kuat.Mari menuntut ilmu^^

Tuesday, May 3, 2011

kuat

Kuat perempuan bukan pada otot-otot dekat lengan.Sebab nak mengawal diri dari berbalas SMS dengan lelaki tanpa urusan perlu kekuatan yang lebih besar.Lelaki dengan badan berotot yang kononnya kuat pun lemah dengan perempuan.Seorang perempuan yang perlu lebih kuat.Lebih kuat daripada si lembik yang entah apa-apa.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...~Al-Baqarah:286~


Semoga terpelihara dari fitnah hati.
Be strong.Be a girl!

Monday, May 2, 2011

mahu dan malu

Mahu dan malu dibezakan huruf ketiga dalam ejaan perkataan.

Malam semalam aku mimpikan lelaki yang aku crush masa sekolah.Crush yang buat jantung aku dup-dap-dup-dap lelaju.Hahaa.Dulu lah,zaman hingusan.

Dan petang semalam jantung aku jadi macam zaman hingusan balik sekejap,sebab aku ternampak dia.Rumah aku dengan rumah lelaki tu tak jauh sangat.*aku tak tau pun mana satu rumah dia.*

Sebenarnya kan aku pun tak pasti lelaki yang aku nampak tu betul dia ataupun tak.We see what we want to see,huh?Mungkin sebab aku baru termimpi dia.*mimpi cuma permainan tidur* -,-

Nasib baik aku dah delete nombor dia.Sebab aku rasa nak mesej dia.Dan tanya, "awak cuti ke?".Dan bagitahu, "saya macam nampak awak tadi".Dan cerita, "semalam saya mimpikan awak".Lepas tu cakap, "jodoh kita kuat kan".Arghh.

Tingkatan satu dulu,aku belajar hadis dengan Ustazah Shamsiah Hayat.Satu hadis yang aku selalu ingat ustazah sebut dengan comelnya,Alhaya' u minal iman.Malu itu sebahagian daripada cabang-cabang iman.*ustazah memang comel*.Antara sifat orang beriman itu haruslah ada perasaan malu.

Oh yes,malu lah nak jual murah dengan lelaki.Tapi setakat nak malukan diri depan orang yang kita suka,apalah sangat kan.Biarlah nampak kita tak tahu malu pun?EHHH?

Aku jadi malu dengan Allah.Malu sebab hafal hadis berkait malu.Malu kalau aku jadi tak tahu malu.

p/s:Lagu Dina tak menjadi inspirasi aku.

Sunday, May 1, 2011

pilihan yang kita ada

Politik dalam negara sekarang macam sampah.Atau bangkai lebih tepat?Menjijikkan.Sekarang pula bising dengan sumpah laknat.Mufti-mufti yang cuba buat mereka reti isu zina patut ditangani secara qazaf langsung tak diendahkan.Video seks tersebut pula ditayangkan semasa kursus biro tatanegara malah dicetak dan diedar dalam bentuk risalah sana-sini.

Kalau tak minat politik,bermacam realiti tv yang mengajak remaja jadi artis dan tak payah susah-susah belajar tinggi-tinggi disajikan.Sampaikan artis jadi berlambakan.Oh itu belum dikira kumpulan gula-gula dan 24:7 lagi.Media kontroversikan artis dan kita sibuk nak google gossip terbaru.Bazirkan duit pergi tengok wayang takutkan diri sendiri pun kita ke?

Takpun tenggelam dalam dunia sendiri.Menagih dadah, merempit, clubbing.Eh taklah overboard sangat kan.Bercinta je.Lepas tu, gaduh-gaduh manja, bf curang, cinta tiga segi, heartbroken, babydumping.Sibukkan diri kononnya.

Persekitaran yang tak membangun jiwa insan langsung kan?Sebenarnya ingin berkongsi jalan yang dilorongkan BroHamzah dalam Meniti Syurga Dunia.

Tips menuju cinta Allah SWT :
  • Jangan terus-menerus melakukan kemaksiatan. Jangan sayang kepada dosa dan maksiat yang kita sayang. Pujuklah hati dan tawanlah ia dengan keazaman, kesungguhan dan keseriusan. Dosa, aku benci kamu!
  • Segeralah meningglkan teman-teman yang “buruk”. Ia hanya merosakan kita, dan mendekatkan kita kepada kebusukan bau neraka.
  • Kerjakan solat fardu lima waktu tepat pada waktunya. Dan terus menerus istiqamah. InsyaAllah, anda akan merasai suatu kelainan dalam kehidupan.
  • Berjinak-jinaklah melakukan solat fardu secara berjemaah di surau atau masjid. Tidak perlu sekali gus serentak. Tetapi beransur-ansur dan berperingkat-peringkat.
  • Saudara saudari – banyakanlah mengingati Allah SWT dalam setiap detik kehidupan anda. Cara termudah, perbanyakanlah berdoa. Berdoa selepas solat, berdoa di saat musibah dan berdoa di saat senang.
  • Latihkanlah diri, bangun awal 30 minit sebelum subuh. Mencari peluang di waktu tercedera untuk mendirikan solat sunat Tahajud untuk mencari kemuliaan dan ketinggian.
  • Bergaullah, bertemankanlah teman-teman yang soleh. Carilah sahabat yang soleh dengan berdoa bersungguh-sungguh dan bergantung penuh pengharapan kepada-Nya.
  • Hadirilah majlis-majlis ilmu dan tazkirah untuk memberi peringatan kepada jiwa dan hati. Kosistenlah dengannya agar, penawar kepada kekeruhan hati sentiasa disuntik kepada jiwa kalian.
Itulah lorongnya, saya ingin menggengamkan tangan kalian ke sana. Marilah bersama-sama kita memulakan langkah selangkah demi selangkah.-BroHamzah-