Friday, March 18, 2011

nur fasha sandha

Biasanya kalau makanan yang aku order lambat siap aku akan duduk menunggu kat cafe sambil tengok tv.Maklumlah jarang-jarang jumpa tv.Hari tu,ada dua orang saudari duduk menunggu bersama aku sambil tengok tv jugak tapi kami tak berkenal-kenalan pun.

Lepas tu keluar iklan drama Fasha Sandha kat tv.Aku pun terdengar dua orang saudari ni berkongsi rasa yang sama terhadap pelakon bernama Fasha Sandha.Benci.Mereka macam saling bagi sebab masing-masing kenapa benci sangat dekat Fasha.Aku tengok muka mereka penuh hatred pandang skrin tv.

Terasa macam ada something wrong kat situ.Benarlah seorang artis tak sepatutnya pakai seksi dan terlibat dalam macam-macam kontroversi,tapi kita pun tak sepatutnya membenci dia in person.Hate the sin,not the sinner.Tak kisahla sesiapa pun.Aku macam baru tersedar perkara ini yang aku pun pernah buat.

Nampak tak kena.Lagipun,buat apa nak kotorkan hati kita dengan rasa benci kat sesiapa walaupun dia artis.Siap kutuk dan mengata lagi.Bila fikir balik ia sama sahaja dengan kita backbiting orang-orang yang dekat dengan kita.Menambahkan dosa je.Baik tak payah.

Siapa tau satu hari nanti artis-artis ini berubah lebih baik.Tentu ramai yang akan terkesan dengan penghijrahan mereka.
Dengan izin Allah.

10 comments:

  1. hidayah itu milik Allah.Dia akan memberikannya kpd mereka yg diinginkanNya.Sama2lah kita doakan utk mereka dan kita juga.Dengan izin Allah...

    ReplyDelete
  2. memberi kesedaran buat sye....

    ReplyDelete
  3. insyaallah, amin..
    suka tengok fasha,manja-manja, n rupa is a bonus.
    tapi x berapa gemar ngan sikap dia.
    yeah,,insyaallah dia berubah 1 day. amin :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. hehe. sy pn bnci gak ngn fasha sandha tu. mmg trkena btg idung sndiri. huhu

    tp betul gak. dia xknalpn kite n xprnah pn menyusahkan idup kite. tp kite plk yg susah2 amek taw psl dorang. hee

    ReplyDelete
  6. yup.. betul tu.. buat apa la nak benci org smpai nak cakap2 depan org ramai... kalu nak cakap pun jangn la smpai mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya...

    saya pun turut merasakan perkara yang sama dengan fasha sandha tapi saya tak pulak cakap saya benci... kalu orang tanya pun, saya akan cakap saya kurang selesa dengan penampilannya dan tidak berminat dengan artis seperti itu... saya rasa tidak salah kalu saya mempunyai pendapat seperti itu dan tidak terlalu terlampau kalau saya cakap bende ni dikhalayak ramai... kerana saya masih menggunakan perkataan yang sepatutnya...

    kalau saya jadi fasha sekali pun, saya tak amik hati sebab itu hak masing-masing...

    walaupun saya setuju dengan pendapat mereka yang benci fasha itu, saya harap fasha boleh menjadi seorang artis yang baik dan lebih berpendirian diri supaya org ramai bleh kembali kepada seorang yang bernama fasha sandha...

    ReplyDelete
  7. fasha secantik nama ,harap perangai pon cantek :)

    ReplyDelete