Wednesday, April 20, 2011

suburkan sabar

Nasihat supaya bersabar selalu kita dengar kan.Kita dipesan bersabar bila result teruk,sabar bila laptop kena curi,sabar dengan karenah manusia yang pelbagai dan bersabar dengan kematian orang tersayang.Bila ditimpa musibah dan diduga dengan pelbagai ujian sememangnya kita tak punya banyak pilihan lain,selain bersabar.

Sebenarnya ada dua keadaan lagi yang menuntut kita bersabar menghadapinya iaitu bersabar dalam melakukan ketaatan dan bersabar dalam menjauhi maksiat.Kita selalu hilang sabar dalam dua perkara ini.Kesabaran teruji untuk melakukan yang wajib, harus dan sunat dibuat.Begitu juga kita selalu gagal bersabar dalam menolak untuk mengumpat,memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor.

Ada tiga fasa sabar dalam melakukan ketaatan iaitu sebelum,sedang dan selepas.Sebagai contoh,nak bersabar untuk qiamullail.Sebelum qiam perlu bersabar melawan nafsu tidur untuk bangun.Sewaktu qiam pula nak bersabar menepis godaan syaitan pula satu hal.Dan bersabar selepas qiam adalah dengan tidak ujub dan tidak riak.

Bukan mudah nak praktikkan sabar dalam berbuat baik dan tak buat jahat.Sebab itu kita perlu selalu berdoa kepada Allah agar menjadi seorang hambaNya yang sabar.Dan dengan jalan kesabaran inilah Allah menjanjikan kepada kita pertolongan daripadaNya.

"Wahai orang yang beriman!Pohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat.Sungguh,Allah bersama orang-orang yang sabar."~Surah Al-Baqarah:153~

1 comment:

  1. sabar itu sebahagian daripada iman..cuma tahap kesabaran kita je yg berbeza2 sbg insan biasa

    ReplyDelete