Wednesday, December 12, 2012

akhlak

Bukan lemah-lembut sahaja akhlak, ketegasan juga akhlak. -Status FB Prof Dr Muhaya

Seorang muslimah yang berakhlak,akan lembut pertuturannya, sopan kelakuannya tetapi sangat tegas bila berurusan dengan lelaki ajnabi.Tidak melunakkan suara, tidak bermanja-manja dan tidak perlu bersms bertukar cerita.

Seorang muslimah yang berakhlak, akan selalu tersenyum, ringan mulut menyapa tetapi sangat tegas bila berhadapan dengan isu berkaitan agama.Tidak merendahkan Islam, tidak berdiam diri dengan isu umat dan tidak pejamkan mata dengan kemungkaran di sekitarnya.

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya. “ (HR Abu Daud, Ahmad dan Tirmidzi )

Akhlak yang baik berkadar terus dengan kesempurnaan iman.Jom muhasabah bagaimana akhlak kita selama ni dan inilah masanya untuk bermujahadah membentuk diri dengan akhlak muslimah^^


Sunday, November 11, 2012

forever 21

Saya nak awak tahu, dan ingat.

Ada 'intriguing' Musalmah dalam hidup Fend.Tapi Fend masih tercari-cari, sesuatu yang lain.

Sebab terasa kosong jauh di dalam hati.

Rasa kosong yang hanya akan terisi dengan kembali kepada Allah kata Ibnul Qayyim.

//

Besar bezanya antara baru 21 dan sudah 21.

Baru 21, nak bercinta, nak bersuka.

Sudah 21, dan kerja kita lebih banyak dari masa yang kita ada.

//

Ustaz Pahrol berpesan yang kita kena keluar dari diri kita sebentar untuk melihat diri kita sekarang ini.

Kita ingin menjadi apa dan bagaimana dan kemana kita akhirnya?

//

Di sana nanti selamanya 21.

Dan kita ingin redha-Nya dan syurga.

Saturday, November 3, 2012

november rain

Rainsong, Phyllis A. Whitney.

Tuesday, October 30, 2012

Surah Muhammad

Surah ke-47 dalam Al-Quran.

Dan orang-orang yang beriman (kepada Allah) dan mengerjakan kebajikan serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad, dan itulah kebenaran dari Tuhan mereka; Allah menghapus  kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka. 47:2

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu. 47:7

Yang demikian itu kerana Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman; sedangkan orang-orang kafir tiada pelindung bagi mereka. 47:11

Maka apakah orang yang berpegang pada keterangan yang datang dari Tuhannya sama dengan orang yang dijadikan terasa indah baginya perbuatan buruknya dan mengikuti keinginannya? 47:14

Perumpamaan taman syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa; di sana ada sungai-sungai yang airnya tidak payau, dan sungai air susu yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai khamar(anggur yang tidak memabukkan) yang lazat rasanya dan sungai-sungai madu yang murni.Di dalamnya mereka memperoleh segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka.Samakah mereka dengan orang yang kekal dalam neraka, dan diberi minuman dengan air yang mendidih, sehingga ususnya terpotong-potong? 47:15

Dan orang-orang yang mendapat petunjuk, Allah akan menambah petunjuk kepada mereka dan menganugerahkan ketakwaan kepada mereka. 47:17

Maka ketahuilah, bahawa tiada Tuhan (yang patut disembah) melainkan Allah, dan mohonlah keampunan atas dosamu dan atas (dosa) orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan.Dan Allah mengetahui tempat usaha dan tempat tinggalmu. 47:19

Maka tidakkah mereka menghayati Al-Quran, ataukah hati mereka telah terkunci? 47:24

Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu. 47:31

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, dan janganlah kamu merosakkan segala amal kamu. 47:33

Maka janganlah kamu lemah dalam mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan Allah pun bersama kamu, dan Dia tidak akan mengurangi segala amal kamu. 47:35

Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak akan meminta hartamu. 47:36

Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang diajak untuk menginfakkan (hartamu) di jalan Allah.Lalu di antara kamu ada yang kikir, dan barangsiapa kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri.Dan Allah lah Yang Maha Kaya, dan kamulah yang memerlukan (kurnia-Nya).Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (derhaka) seperti kamu. 47:38

Some heartfelt verses from this surah for me.Moga ada manfaatnya :)

Sunday, October 28, 2012

welcome to reality

Cuti pertengahan semester sudah berakhir.Hari-hari hectic dengan kelas dan EXAM bermula.

Oh how I wish..

“You cannot escape the responsibility of tomorrow by evading it today.”-Abraham Lincoln-


Aku kena study.

Friday, September 21, 2012

confessions of a teenage drama queen

So last sem aku tak lulus midsem Introduction to Statistics.Masa tu aku rasa down gila.Sebab orang lain semua score paper tu.Senang cerita aku antara yang terendah dalam kelas.

Kebetulan hari tu counselling department ada buka booth depan cafe, aku pun ada la jawab diorang punya test.Attitude test ke apa entah aku dah lupa tapi aku ingat aku setuju gila dengan statement yang 'tak ada sesiapa faham perasaan aku'.

Then, kakak-kakak counselling pun cakap la aku tak boleh negatif macam tu.Diorang cakap ada je orang faham perasaan aku.Tapi sebab aku sedih masa tu aku cakap aku tak percaya.Haha.

Aku rasa orang lain cuma boleh dengar masalah kita, tapi takkan pernah faham apa yang kita rasa.Mungkin mereka tumpang simpati mungkin juga ada yang rasa happy.Dan bagi aku Tuhan je yang betul-betul memahami dan boleh tenangkan hati aku.

Sekarang alhamdulillah aku dah tenang, dan aku fikir balik pasal ni.It is true Allah sahaja yang paling mengerti situasi kita, banyak mana effort kita dan betapa sedihnya kita rasa.Tapi ada je orang yang sayang kita dan empati dengan perasaan kita.They are our precious friends.Nak-nak yang pernah aje fail jugak.


Walaupun kadang-kadang kawan kita tu muka takde perasaan, sebenarnya dia on je kalau nak dengar luahan hati dan nangis sama-sama. :')

ps: Don't be sad dear.Sesungguhnya Allah bersamamu.Aku pun ada :)


Wednesday, August 29, 2012

tentang rasa

Rasa cinta dan ingin menikah itu fitrah.

Perasaan yang satu ini memang boleh menguasai diri.Bak kata Ustaz Pahrol, cinta itu satu kuasa kerana ia terletak dalam hati, raja yang paling berkuasa dalam kerajaan diri manusia.

Ibnu Qayyim ada menyebut tentang pengaruh cinta dalam hidup kita,
“Cinta itu menyucikan akal, menghilangkan kerisauan, menghadirkan keberanian, mendorong berpenampilan kemas, menaikkan selera makan, menjaga akhlak mulia, membangkitkan semangat, mengenakan wangian, memperhatikan pergaulan yang baik, serta menjaga adab dan keperibadian. Tapi cinta juga merupakan ujian bagi orang-orang soleh dan dugaan bagi ahli ibadah,”

Bercinta tu tak semestinya saling mengucapkan kata cinta.Mungkin dua orang yang saling mencintai itu tak pernah bercakap pun.Tapi ada rasa yang saling berbicara dan tumbuh mekar dalam jiwa.Dan Allah yang menghadirkan rasa cinta tentu akan memudahkan jalan kepada sebuah pernikahan bila tiba masanya.

“Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (HR al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih)

Tapi kan sebenarnya kalau ada jodoh barulah orang yang kita cintai tu cintakan kita juga.Dan kalau ada jodoh juga baru cinta itu boleh bersatu.Semuanya percaturan Allah.Mintalah pada Dia.

Semua orang suka cakap pasal cinta dan nikah kahwin ni.Tapi sama macam kek keju sedap yang dimakan setiap hari, soal cinta dan kahwin ini boleh menyebabkan muak bila selalu sangat disebut-sebut.Sebab tu banyak teguran dan nasihat supaya tak dibuai angan-angan indah berkahwin, supaya banyakkan fikir pasal mati, supaya hentikan status dan share berkaitan 'cinta islamik'.

Kita fikir sendirilah apa yang terbaik untuk diri kita, pelajaran, ibu bapa dan dakwah tarbiyah.Tak kisah lah orang lain nak ada anak sekali pun kalau kita belum bersedia buat apa nak cepat-cepat kahwin.Cinta dan perkahwinan kan sebenarnya adalah alat untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah. 

Pandai-pandailah kita mengurus perasaan cinta dan ingin berkahwin itu supaya ia tak merampas kebahagiaan kita sekarang ni.Menikah itu mungkin bukan sekarang, mungkin lambat lagi dan mungkin juga bukan di sini.Bukankah semuanya indah, bila kita letakkan sepenuh kepercayaan pada Allah? :)

Saturday, August 25, 2012

5 tahun


Dalam masa lima tahun banyak perkara berlaku.Doa, itu saja yang kita ada.Dan ia sebenarnya lebih baik dari apapun.Sebab kita akan dapat cuma yang terbaik darinya.Tolong, jangan pernah berhenti berdoa.

Because she fall in love too often that's what the matter.

Allah :'(

Saturday, August 18, 2012

terawikh terakhir

Adik-adik aku sudah masuk mood raya.Sudah mula menghitung berapa banyak duit raya yang bakal dapat tahun ni dan excited semacam bila dengar lagu raya.Gembira sangat raya dah dekat.

Anak kecil, bukannya tahu makna sebenar Ramadhan.

"Mula-mula bangun sahur, lepas tu pergi sekolah, tak makan, balik sekolah,pergi bazar Ramadhan.Lepas tu pergi solat terawikh, lepas tu balik, buat homework, kemas buku, tidur."

Kita yang dah besar ni, yang tahu Ramadhan ini bulan pahala digandakan, bulan dosa-dosa diampunkan Allah,dan ada lailatul qadar yang istimewa ni macam mana?

Takkan sama gembira dengan anak kecil menyambut raya?Ya, hari raya perlu diraikan dan ianya merupakan hadiah buat orang-orang yang berjaya dalam puasanya.

Tapi Ramadhan dah nak tinggalkan kita.Tak tau nanti boleh jumpa lagi ke tak.Salafussoleh berdukacita di penghujung Ramadhan sebab sedih nak berpisah dengan Ramadhan.Tapi kita?

The reason it hurts so much to separate is because our souls are connected.  ~Nicholas Sparks, The Notebook

Waktu yang masih ada ini lah peluang untuk kita mendapatkan keampunan Allah, melipatgandakan pahala dan mendekatkan diri dengan Allah.Nabi Muhammad SAW ada cakap kalaulah umat baginda tahu kelebihan bulan Ramadhan ini pastilah mereka akan mengharapkan Ramadhan itu sepanjang tahun.Allahu Rabbi...

Saturday, August 11, 2012

22

Hari ini anniversary pernikahan ummi dan abah aku yang ke-22 :)

Kalau dekat Korea bukan main diorang sambut 22 Day.Ummi dan abah aku pulak sudah 22 tahun hidup bersama, semoga Allah selalu merahmati ummi, abah dan keluarga aku ini :')

Aku berdoa kepada Allah semoga cinta ummi dan abah sampai syurga.

Sungguh terasa malu sendiri kalau berangan nak kahwin bila tengok ummi dan abah.Aku ni langsung belum bersedia.Usahkan nak qiamullail bila bersuami kalau sekarang sorang-sorang pun malas nak bangun.

Teringat abah cakap,"tak payah sembang nak jadi solehah lah kalau tahajud pun tak buat."TT

Dan Ramadhan inilah peluang.Untuk menjadi solehah dalam pandangan Allah.

Sunday, August 5, 2012

bangun sahur

Bila nafsu tidur menguasai nafsu makan.hihi

Rasulullah SAW bersabda“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”.(HR al-Bukhari dan Muslim).Kita kan nak cari berkat Allah dalam hidup ini jadi sahur bukan lagi pilihan tapi kemestian. :)

Kita juga disunnahkan melewatkan sahur iaitu makan sahur ketika menghampiri waktu subuh.Rasulullah SAW melewatkan bersahur sehingga tinggal baki beberapa minit sebelum masuk waktu subuh.Bukannya makan siap-siap sebelum tidur,bukan juga makan beberapa jam sebelum subuh.

Nabi Muhammad SAW juga menggalakkan kita bersahur dengan kurma.“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (HR Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih)

Selain itu, waktu sahur iaitu sepertiga malam yang akhir merupakan waktu doa dan permintaan dikabulkan dan keampunan diberikan oleh Allah.
“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Inilah masanya kita nak melatih diri bangun beribadah kepada Allah pada penghujung malam.Mungkin boleh mulakan dengan solat sunat tahajud dua rakaat dulu ataupun membaca Al-Quran ataupun berzikir ataupun istighfar.Lagipun kita semakin menghampiri 10 hari terakhir Ramadhan, takkan tak nak mendapatkan malam yang bernilai seribu bulan? :)

SUMBER : DR MAZA


Tuesday, July 31, 2012

satu per tiga

Hari ini sudah pun 11 Ramadhan.

Ramadhan kali ini aku berpeluang solat terawikh dengan imam dari Gaza yang dibawa ke kampung aku oleh Aman Palestin.Selepas seminggu menjadi imam terawikh di masjid kampung aku,Sheikh Bilal akan ke kampung lain pula lepas ni.

Malam first Sheikh Bilal sampai,beliau terus cakap yang kita kat Malaysia ni sangat perlu bersyukur pada Allah atas segala nikmat yang kita dapat.Kita kat sini solat dalam masjid berair-cond sedangkan mereka di Palestin solat dalam masjid yang hampir roboh.TT

Malam tadi, beliau ada ingatkan tentang doa Jibril yang diaminkan Nabi Muhammad,ketika itu Jibril berdoa,“Celaka seseorang yang masuk Ramadhan, puasa pada siangnya dan solat pada malamnya kemudian meninggal dan tidak diampuni dosanya dan ia dimasukkan ke neraka.”

Nauzubillah semoga kita tidak tergolong dalam mereka yang disebut Jibril sebagai orang yang celaka.Sebaliknya, mari mendapatkan keampunan Allah daripada dosa-dosa yang lalu pada Ramadhan ini.

“Barang siapa yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu” (HR Bukhari dan Muslim)

Saturday, July 21, 2012

langit Ramadhan

Bulan yang penuh berkah sudah tiba.Di sepuluh hari pertamanya terdapatnya rahmat Allah.Sepuluh hari di pertengahannya dijanjikan pengampunan dari Allah.Sepuluh hari terakhirnya dikurniakan pembebasan dari api neraka.Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan Ramadhan :)

Dengan rahmat Allah jualah Dia mengampunkan segala dosa-dosa kita dan membebaskan kita dari api neraka.Sebab tu kena mula dari sekarang lagi,dari 1 Ramadhan lagi.The Race Is On!

Ini checklist Fend. :) Source

Mari sama-sama kita memaknai Ramadhan kali ini siapa tahu nanti tak lagi ketemu.

Tuesday, July 17, 2012

zon selesa atau zon dosa?

Bercuti memang best.Tapi tu lah kalau lama sangat cuti tanpa tarbiyah diri sendiri yang kuat memang boleh jadi worst.Mutabaah amal semakin berkurang, ilmu tak bertambah dan dakwah tak ke mana.


Pesan Dr Muhammad Badie, diri kita ini jika tidak digunakan untuk perkara yang benar, dia akan sibukkan kita dengan perkara yang batil.

Cuti bukan alasan sebab kita sebenarnya boleh cari jalan.Untuk tetap istiqamah mencari redha Allah dalam hidup ini.



Wednesday, July 4, 2012

random rant

"Budak-budak sekarang pandai bercakap,tapi beramal kurang."

Agak sentap dengan kata-kata ummi hari tu.Aku pun sedar trend sekarang terutamanya budak-budak baru belajar macam aku ni selalu sangat nak mempersoalkan kesahihan hadis dan ibadat yang diamalkan orang ramai.

Sedangkan baru belajar sikit dah nak tuduh itu bidaah ini bidaah.Kononnya Nabi Muhammad tak buat macam tu kita pun tak nak buat jugak.Tapi tengok movie, dengar lagu lagha, baca komik lagha dan segala macam benda lagha buat pulak.

Bila orang ajak beramal, baca Yassin dekat masjid malam Jumaat, puasa di bulan Rejab hari tu dan beberapa ibadah lain kita mula beralasan sunnah Nabi begitu dan begini.Lastly apa amal pun tak buat.

Bukan apa,kalau kita ni betul-betul beramal dengan segala yang Nabi Muhammad buat, alhamdulillah tapi tak perlu lah kita pula nak melarang orang lain beribadah.Bidaah yang mungkar tu yang perlu kita larang bukannya tak bagi orang baca Quran, puasa semua tu.

Lagipun ulama' dan salafussoleh yang mengajak masyarakat beramal itu orang-orang yang dekat dengan Allah sedangkan kita ni nak dibandingkan dengan mereka pun jauh apalagi nak mempersoalkan amal mereka.

Kita ni tak tau dalam amal ibadah kita yang mana terdapatnya redha Allah dan Ibnul Qayyim berkata ;
Orang yg menempuh perjalanan menuju Allah dan negeri akhirat, bahkan semua orang yang menempuh perjalanan, tidak akan sempurna perjalanannya dan tidak akan sampai kepada tujuannya kecuali dengan dua kekuatan …. yakni kekuatan ILMU dan kekuatan AMAL .

p/s: Sekarang pun dah dekat Ramadhan apakata kita amalkan puasa sunat.Lagipun Nabi Muhammad banyak berpuasa di bulan Syaaban.^^


Wednesday, May 23, 2012

dai'e

Da'ie adalah seorang yang beriman dengan fikrah dan menyeru manusia kepada Allah melalui tulisan, syarahan dan percakapan biasa, seorang yang bekerja keras dalam hidupnya dan berusaha sedaya upaya melaksanakan pelbagai wasilah dakwah.


Oleh itu, beliau adalah seorang penulis, penceramah dan jurubicara utama, serta seorang yang memberi pengaruh kepada masyarakat melalui perbuatan dan keperibadiannya.Da'ie juga seorang doktor masyarakat yang merawat penyakit-penyakit jiwa dan memperbaiki situasi masyarakat yang rosak.

Oleh itu, beliau adalah seorang yang celik dan kritis, di mana hidupnya sentiasa bekerja untuk memperbaiki dan mengubah masyarakat kepada apa yang dikehendaki Allah.

Da'ie menjadi sahabat, teman dan saudara kepada yang kaya dan miskin, yang besar dan kecil.
-Sheikh Bahiy al-Kholi- 

Da'ie Berkeperibadian Dahsyat
Tulisan Dr. Ahmad Shahin, terjemahan Ustaz Suhaimi Jairi
Ruangan M! MURABBI
Majalah JOM! ISU 02
:)


Sunday, May 20, 2012

marry your daughter

Very soon I'm hoping that I
Can marry your daughter
And make her my wife
I want her to be the only girl
That I love for the rest of my life
And give her the best of me
Till the day that I die...

Oh how I wish. :)

Bila seorang lelaki melamar kita siapalah tak terharu kan?Mesti la terharu to think that ada jugak orang nak kahwin dengan aku ni.-.-"

Tapi bila lelaki tu actually datang rumah, jumpa daddy and melamar melalui wali laaaaaaagi terharu.Kan?

Tapi tak ke haru kalau lamaran ditolak? Dah brave enough pergi jumpa wali sekali kena tolak.Hemm.

Tapi kan tengok Dena tu terima lamaran Sofian sebab dia pergi jumpa wali Dena.

Tapi tak semua orang macam Dena kot.

Hemmm.

Aku pun tak tahu macam mana lelaki memandang perkara ini.Bagi aku, kalau lelaki tu betul-betul ingin memperisterikan seorang perempuan dia akan datang jumpa wali si perempuan.Di situ perempuan akan tahu betapa serius lelaki tersebut.Diterima atau ditolak cerita nombor dua.

Em mungkin lelaki tu boleh merisik dahulu melalui teman-teman mengenai perempuan yang ingin dinikahi.Siapa tahu hati sudah berpunya.Tak perlu lagi datang bertemu si wali.Tak adalah kedua-dua pihak awkward di kemudian hari.

Aku sebenarnya percaya bila Allah menginginkan dua hati bertemu, Dia akan menggerakkan kedua-duanya sekali.Tidak hanya salah satu.

Dan hati aku macam susah sikit.Maaf.

Sunday, May 13, 2012

Sunday, May 6, 2012

Ilahi ; Kau yang ku tuju

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah ialah seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal dan merupakan anak murid kepada Shaykhul Islam Ibn Taymiyyah.Al-Hafiz Ibn Kathir memuji Ibn Qayyim sebagaimana disebut oleh Ibn Hajar al’Asqalani dalam al-Durar al-Kaminah :

“Ibn Qayyim itu banyak bersolat, membaca al-Quran, baik akhlaknya, sangat penyayang, tidak hasad dan dengki. Aku tidak tahu sesiapa di zamannya yang lebih kuat ibadah daripadanya. Beliau bersolat sangat lama, memanjangkan rukuk dan sujudnya.. apabila selepas Solat Subuh beliau akan duduk ditempatnya dan berzikir sehingga matahari terbit lalu berkata: “inilah pagiku, jika aku tidak duduk maka hilanglah kekuatanku” (Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Durar al-Kaminah 4/401).


Thursday, May 3, 2012

nostalgia

Nostalgia : Nos-tal-gi-a : Bittersweet longing for things, persons, or situations of the past.

The Darth Vader and his vespa.
Heyya.Kau yang pernah menginspirasi hati.Semoga bahagia selalu.Semoga cinta Tuhan kau temukan.