Friday, December 30, 2011

asiah

Di dalam Al-Quran,tercatat kisah Asiah yang berdoa kepada Allah,
"Dan Allah membuat perumpamaan bagi orang yang beriman, isteri Firaun, ketika dia berkata, "Ya Tuhanku,bangunkanlah untukku sebuah rumah disisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim,"~Surah At-Tahrim 66:11~

Dia lah Asiah isteri kepada Firaun.Firaun yang kita semua tahu akan kejahatannya,sehingga digelar sejahat-jahat manusia kerana mengaku dirinya sebagai tuhan.Tapi  Asiah sedikit pun tidak menjadikan kekufuran suami sebagai alasan untuk tidak menyembah Allah.Malah keimanan Asiah kepada Allah sangat tinggi.

Asiah tidak memandang pun kekayaan dan kekuasaan dunia yang dimilikinya.Dia lebih memilih rumah disisi Allah walaupun dirinya mempunyai istana di dunia.Kerana dia tahu istana di syurga Allah adalah lebih baik dan kekal abadi.

Asiah mengajar kita bahawa keimanan itu di dalam hati dan diri.Dia mengajar kita untuk terus berpegang teguh pada agama Allah walaupun keadaan sekeliling tak merestui.Walaupun suami sendiri tak mengimani!

Begitulah Asiah yang merupakan antara sebaik-baik wanita penghuni syurga sebagaimana diceritakan dalam hadis Rasulullah SAW, " Sebaik-baik wanita penghuni syurga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah Binti Muhammad, Asiah Binti Muzahim dan Maryam Binti Imran" ( HR Ahmad )


Ini adikku Asiah.Sekarang dah besar pun.Jadikanlah Asiah perempuan solehah,ya Allah^^
Mungkin sekarang kita berada dalam keadaan yang baik,dikelilingi orang-orang baik tapi siapa tahu akan datang.Bila hidup dipenuhi pelbagai godaan duniawi,bagaimana mahu menyelamatkan iman kita?Tak selamanya akan ada orang yang nak mendorong kita berbuat kebaikan.

Kesempatan dikelilingi kebaikan inilah kita ambil untuk memperteguh lagi keimanan supaya tika sendirian pun kita tidak hanyut.Jika keadaan sekeliling tidak membantu sekalipun,ingatlah Allah ingin meningkatkan tahap keimanan kita.Jadikan Asiah sebagai sumber inspirasi,lagipun kita bukan bersuamikan Firaun!

No comments:

Post a Comment