Sunday, December 18, 2011

tudung dan fesyen

Sekarang ni banyak sungguh jenis tudung dan senang nak dapat.Classmate aku pun ada menjual pashmina secara kecil-kecilan.Dah lah murah,cantik pulak.-.-"

Aku ada membaca komen dan pandangan-pandangan mengenai fesyen tudung yang pelbagai sekarang ni.Ada yang mengutuk dan cakap perempuan ni menyusahkan diri sendiri lah.(Sebab nak kena lilit-lilit, pakai berlapis-lapis,letak pin banyak-banyak)Tapi, suka hati si pemakai lah kan.Susahkan diri dia.Kalau menyusahkan lah.
Bersederhana juga salah satu cara^^
Ada juga yang sampai judge niat sebenar orang pakai tudung dengan gaya sekarang ni.Katanya sebab nak menunjuk-nunjuk semata.Tapi kita sesama manusia tak layak pun untuk menilai niat orang lain.

Tapi perlu untuk menilai diri sendiri.Kita kena jelas dengan sebab kita bertudung.Bertudung kerana Allah.Allah yang suruh.Ini perintah agama.Kita nak jadi hamba yang baik dan patuh sebab tu kita bertudung.

Bukan sebab sekarang ni trend pakai tudung berfesyen.Bukan kita sekadar bertudung ikut-ikutan.Bukan sebab kita nak nampak cantik semata-mata.Sebab stail tudung sekarang kononnya cantik.Padahal banyak je aku tengok orang pakai tudung fesyen sekarang nampak buruk.I mean tak cantik,tak sesuai,macam pelik sangat,tak sanggup nak tengok.-.-"

Tapi still boleh je nak berfesyen dalam memakai tudung.Kata sesetengah orang tu,lagi baik dari freehair.Lagi baik dari segi bertudung atau tak.Bukan siapa lebih baik daripada siapa.Tapi penuhilah suruhan Allah supaya bertudung sesempurna mungkin.

Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka(aurat)..~Surah An-Nur 24:31~

Covering the chest is the best!

3 comments:

  1. allah menyuruh kita menutup aurat aurat, bukan bertudung. so, kalau dengan pakai selendang kita dapat tutup aurat dengan sempurna, ape salahnya. just bagi pendapat :)

    ReplyDelete
  2. betul. boleh jenguk blog saya, tentang sinopsis dan video dr ust zulkifli ahmad tentang ini :)

    http://zahra-ameerah.blogspot.com/2011/12/pandangan-ustaz-zulkifli-ahmad-tentang.html

    ReplyDelete
  3. shedameor- saya setuju!:)

    Zahra Ameerah - thanks zahra! :)

    ReplyDelete