Sekarang ni aku sedang membaca buku Agar Bidadari Cemburu Padamu,karya penulis puitis dan best dari seberang, Salim A.Fillah.Buku yang sangat menginspirasi aku rasa.Membidadarikan diri adalah antara topik dalam Bab 3 buku ni, Bidadari dan Kita; Mahakarya!
Sebut je bidadari kita terbayang wanita yang cantik jelita,suci dan tidak berdosa.Allah menceritakan tentang bidadari di dalam Quran,
Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik dan jelita.~Surah Ar-Rahman 55:70~
Banyak lagi ayat yang mengkisahkan bidadari dan keistimewaan mereka di dalam Al-Quran.Paling memikat hati kita,bidadari adalah penghuni syurga.Itulah yang kita inginkan juga, menjadi penghuni syurga Allah.
Bak kata penulis,buku ini untuk wanita yang ingin menghadirkan atmosfera syurga dalam setiap hirup nafasnya.Kita nak masuk syurga, perlulah belajar dan beramal selayaknya ahli syurga.
Ramai yang bising-bising nak kita jaga solat,jaga aurat,jaga maruah diri semua tu sebab mereka nak kita masuk syurga.Sekurang-kurangnya pun teguran dan nasihat mereka boleh menjadi saham mereka ke syurga.Kita pun tak nak ke jadi wanita solehah,dan masuk syurga?
Syurga,tak cukup menggiurkan kah untuk kita memasukinya?
Suatu ketika,Ummu Salamah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW,"Ya Rasulullah,manakah yang lebih utama,wanita dunia ataukah bidadari?Baginda SAW menjawab,"Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari kerana solat mereka,puasa dan ibadah mereka kepada Allah.(HR At-Thabrani)
No comments:
Post a Comment