Monday, December 19, 2011

couple yang tak ok

Ramai yang berbangga dengan dosa yang dilakukan agaknya.Tanpa segan silu bergambar berpegangan tangan, berlaga pipi dan berpeluk mesra dengan kekasih lalu dipamer di laman sosial.Nak satu dunia tahu,itulah bukti kasihnya.Tak takut pun ramai gila saksi (orang yang tengok gambar-gambar yang diupload) kepada dosa tersebut.-.-"

Betul lah sudah hilang rasa malunya pada orang lain.Lagipun bersentuhan dengan kekasih yang belum dikahwini menunjukkan betapa tak malunya kita pada Allah.Bila dengan Allah pun tak malu,dengan sesama manusia apatah lagi.Paling tak boleh blah salam cium-cium tangan bajet pakwe tu suami,konon suci lah perbuatan tu.

Boleh pulak berharap hubungan yang dibina dan kasih yang tercipta sambil pegang-pegang ni kekal selamanya?Harapan itu disandarkan pada siapa?Bukankah Allah tempat kita meminta?

Tak malu ke minta dengan Allah keberkatan di samping kita terang-terangan melanggar perintahNya?

SEDARKAN DIRI!Jangan bergelumang dengan maksiat.Lagipun berpegang tangan,bersentuh-sentuhan inilah permulaan kepada zina.Sayang tak perlu ditunjukkan begini.

Allah berpesan jangan mendekati zina dalam Surah Al-Isra' ayat 32.
Dan janganlah kamu menghampiri zina; (zina) itu sungguh satu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk.

Kita elakkan lah daripada buat perkara-perkara maksiat ini.Mungkin sebab ramai orang buat begini,kita pun nak mengikut juga.Tapi bersentuhan dengan lelaki ini berdosa dalam Islam.Tak payahlah buat.Sebab tu Nabi Muhammad SAW larang kita berdua-duaan dengan lelaki atau dating sebab syaitan akan senang menggoda kita.Tapi dating juga.Couple mesti nak dating.Sebab tu orang tak bagi couple.Tapi couple juga.

Pandai-pandailah mencari redha Allah dalam hidup ini.

2 comments:

  1. Masalahnya ramai yang bersalam-salam antara couple tanpa rasa malu seolah-olah menujukkan kepada umum bahawa merekalah pasangan paling ideal walaupun banyak mata-mata yang kurang senang sedang memerhati.

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh bukan sekadar perhati je tapi cakap terus depan-depan biar dorang tahu malu sikit.huh.tapi tengok keadaan jugak.tu lah rasanya sebab mereka tak rasa bersalah lah tu.kita cubalah bagitahu dekat semua orang bermula orang yang rapat dengan kita jangan pegang-pegang ni. :)

    ReplyDelete