Saturday, December 31, 2011

bukan tipah tertipu

"Bila nak buat baik jangan nak fikir banyak kali,terus je buat.Jangan bagi ruang syaitan masuk campur,nanti syaitan akan mempermain-mainkan kita.Last-last tak terbuat pun apa yang kita niatkan."Terngiang-ngiang isi tazkirah subuh tadi.

Balik je bilik,terus basuh baju.Tengok jam,pukul 8.30.Tergerak di hati nak solat Dhuha.Tapi macam awal lagi.Kul 10 pun boleh solat dhuha.(?)Buka laptop kejap.

Tidak berapa lama kemudian.

Pesan dekat kakak bilik sebelah belikan roti canai telur.-.-"Rasa mengantuk pulak.Baring kejap.Sambil baca nota Islam and Science.Takkan tertidur kot sebab kejap lagi nak amik baju dan jemur.Lepas tu nak solat dhuha.Lepas tu boleh makan roti canai.

Tidak berapa lama kemudian.

Jam menunjukkan pukul 12 tengahari.Tersedar dari lena panjang sepenuhnya.Bukan saja terlepas nak solat dhuha,roti canai buat lunch,baju pun ada yang tolong keluarkan dari perut mesin.=,="

Betul lah tak boleh nak fikir-fikir dulu,tangguh-tangguh dulu.Memang akan tertipu dengan syaitan.Terlintas je rasa nak buat baik terus je buat,jangan sampai melepas,diri sendiri yang rugi. :)

Friday, December 30, 2011

asiah

Di dalam Al-Quran,tercatat kisah Asiah yang berdoa kepada Allah,
"Dan Allah membuat perumpamaan bagi orang yang beriman, isteri Firaun, ketika dia berkata, "Ya Tuhanku,bangunkanlah untukku sebuah rumah disisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim,"~Surah At-Tahrim 66:11~

Dia lah Asiah isteri kepada Firaun.Firaun yang kita semua tahu akan kejahatannya,sehingga digelar sejahat-jahat manusia kerana mengaku dirinya sebagai tuhan.Tapi  Asiah sedikit pun tidak menjadikan kekufuran suami sebagai alasan untuk tidak menyembah Allah.Malah keimanan Asiah kepada Allah sangat tinggi.

Asiah tidak memandang pun kekayaan dan kekuasaan dunia yang dimilikinya.Dia lebih memilih rumah disisi Allah walaupun dirinya mempunyai istana di dunia.Kerana dia tahu istana di syurga Allah adalah lebih baik dan kekal abadi.

Asiah mengajar kita bahawa keimanan itu di dalam hati dan diri.Dia mengajar kita untuk terus berpegang teguh pada agama Allah walaupun keadaan sekeliling tak merestui.Walaupun suami sendiri tak mengimani!

Begitulah Asiah yang merupakan antara sebaik-baik wanita penghuni syurga sebagaimana diceritakan dalam hadis Rasulullah SAW, " Sebaik-baik wanita penghuni syurga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah Binti Muhammad, Asiah Binti Muzahim dan Maryam Binti Imran" ( HR Ahmad )


Ini adikku Asiah.Sekarang dah besar pun.Jadikanlah Asiah perempuan solehah,ya Allah^^
Mungkin sekarang kita berada dalam keadaan yang baik,dikelilingi orang-orang baik tapi siapa tahu akan datang.Bila hidup dipenuhi pelbagai godaan duniawi,bagaimana mahu menyelamatkan iman kita?Tak selamanya akan ada orang yang nak mendorong kita berbuat kebaikan.

Kesempatan dikelilingi kebaikan inilah kita ambil untuk memperteguh lagi keimanan supaya tika sendirian pun kita tidak hanyut.Jika keadaan sekeliling tidak membantu sekalipun,ingatlah Allah ingin meningkatkan tahap keimanan kita.Jadikan Asiah sebagai sumber inspirasi,lagipun kita bukan bersuamikan Firaun!

Wednesday, December 28, 2011

putus cinta

Ketika bercinta semuanya terasa indah.Setiap pagi,petang,siang dan malam ada saja sms tanda si dia mengingati.Setiap kali bertemu ada saja hadiah tanda si dia menyayangi.Bahagia sungguh.Segala angan dipasang dari tema perkahwinan sehingga nama anak-anak nanti.Tiba-tiba hubungan terputus di tengah jalan.

Siapalah yang tak sedih?

Lalu dicari sahabat buat meluah rasa,berkongsi duka.Sungguh seorang sahabat akan cuba mendengarkan sepenuh empati.Tapi pedih di hati hanya empunya diri merasai.Tiada yang lebih mengerti melainkan Allah Yang Maha Mengetahui.

Inilah masanya untuk mengadu pada Allah.Kita lebih mengetahui di mana kedudukan Allah dalam hati kita selama bercinta sebelum ini.Mungkin Allah ingin kita mendekatiNya kembali.

Refleksi diri.Putus cinta bukan sebab untuk kita membenci bekas kekasih.Mungkin ada kesilapan kita dalam berhubungan yang boleh diperbaiki.Mungkin juga ia cara untuk kita lebih mengenali lelaki.Mungkin juga buat kita muhasabah balik selama ini kita sibuk bercinta sampai lupa mempersiapkan diri untuk menjadi isteri.Berangan je lebih,belajar dan membaca kurang.

Menghargai diri sendiri.Kadang-kadang orang bercinta asyik nak fikirkan kekasih.Sudahlah sms setiap masa,pantang weekend nak dating,bila nak spend masa untuk diri sendiri pun tak tau.Sebab asyik bercinta sehingga tak kenal diri sendiri.Sekarang dah putus,bolehlah buat perkara-perkara yang disukai,yang bermanfaat,yang buat hidup ni bermakna selain nak bercinta je.

Menghargai orang lain.Ada orang bercinta sampai melupakan mak ayah.Kekasih boleh setiap hari call,tapi mak ayah jarang-jarang nak tanya khabar.Sepatutnya sebelum kahwin inilah kita nak berbakti sebanyak-banyaknya kepada mak ayah.Sekarang lah nak tunjukkan betapa kita mencintai mereka,nanti bila dah kahwin barulah utamakan suami.Samalah hubungan dengan kawan-kawan.Masa single ni lah kita nak menghargai mereka.Bila sudah berkeluarga susah untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan lagi.

Putus cinta sebenarnya mengajar kita lebih memahami erti cinta.Belajar mencintai orang disekeliling kita.Belajar mencintai diri sendiri.Belajar mencintai Allah.Itulah sebenar-benar cinta.Tak perlu lagi bersedih.

Untuk melengkapi sebahagian lagi hidup kita,Allah akan mendatangkan pendamping yang ikhlas mencintai kita bila tepat masanya.Gantungkan harapan itu pada Allah.Sekarang hiduplah dengan bahagia jangan nak sedih-sedih.Aku mendoakan kebahagiaanmu sahabatku.Semoga cinta Allah cukup membahagiakan hati kita :)

Sunday, December 25, 2011

membidadarikan diri

Sekarang ni aku sedang membaca buku Agar Bidadari Cemburu Padamu,karya penulis puitis dan best dari seberang, Salim A.Fillah.Buku yang sangat menginspirasi aku rasa.Membidadarikan diri adalah antara topik dalam Bab 3 buku ni, Bidadari dan Kita; Mahakarya!

Sebut je bidadari kita terbayang wanita yang cantik jelita,suci dan tidak berdosa.Allah menceritakan tentang bidadari di dalam Quran,
Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik dan jelita.~Surah Ar-Rahman 55:70~

Banyak lagi ayat yang mengkisahkan bidadari dan keistimewaan mereka di dalam Al-Quran.Paling memikat hati kita,bidadari adalah penghuni syurga.Itulah yang kita inginkan juga, menjadi penghuni syurga Allah.


Bak kata penulis,buku ini untuk wanita yang ingin menghadirkan atmosfera syurga dalam setiap hirup nafasnya.Kita nak masuk syurga, perlulah belajar dan beramal selayaknya ahli syurga.

Ramai yang bising-bising nak kita jaga solat,jaga aurat,jaga maruah diri semua tu sebab mereka nak kita masuk syurga.Sekurang-kurangnya pun teguran dan nasihat mereka boleh menjadi saham mereka ke syurga.Kita pun tak nak ke jadi wanita solehah,dan masuk syurga?

Syurga,tak cukup menggiurkan kah untuk kita memasukinya?

Suatu ketika,Ummu Salamah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW,"Ya Rasulullah,manakah yang lebih utama,wanita dunia ataukah bidadari?Baginda SAW menjawab,"Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari kerana solat mereka,puasa dan ibadah mereka kepada Allah.(HR At-Thabrani)

Friday, December 23, 2011

LILLAH

Selasa lepas aku berkesempatan pergi dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus dekat masjid Kuantan.Ada satu soalan ni bertanyakan bila kita buat sesuatu lagi baik diniatkan kerana Allah atau niat kita nak dapat pahala.

Dan Ustaz Azhar cakap bila kita buat kebaikan sebab nak pahala,sebab nak masuk syurga dan sebab tak nak masuk neraka itu adalah niat yang baik.Tapi paling baik kita niatkan kerana Allah.Buat sesuatu perkara kerana Allah.

Kadang-kadang orang cakap,kita berubah lah jadi baik supaya nanti kita dapat suami yang baik juga.Kita berusaha jadi muslimah yang solehah dan bakal suami kita pun tengah mencuba sehabis baik jugak.Itu satu motivasi yang baik tapi laagi baik sebenarnya bila kita nak berubah,nak jadi hamba Allah yang solehah adalah kerana Allah.

Sebab kita terlalu dimotivasikan dengan suami soleh bukan dengan cinta Allah.Soal bersuamikan orang baik,semua orang pun nak.Mungkin itu sebab yang menarik hati ramai pada awalnya tapi semakin kita mengenal Allah,kita betulkan niat hijrah dan mujahadah kita kepada kebaikan adalah kerana Allah.

Lagi manis dan indah bila kita bermujahadah semata-mata kerana Allah dan kelak Dia menghadiahkan suami yang baik buat kita,insyaAllah.

Jodoh dan cinta manusia adalah urusan Allah dan mencintai Dia urusan kita. :)

Wednesday, December 21, 2011

Monday, December 19, 2011

couple yang tak ok

Ramai yang berbangga dengan dosa yang dilakukan agaknya.Tanpa segan silu bergambar berpegangan tangan, berlaga pipi dan berpeluk mesra dengan kekasih lalu dipamer di laman sosial.Nak satu dunia tahu,itulah bukti kasihnya.Tak takut pun ramai gila saksi (orang yang tengok gambar-gambar yang diupload) kepada dosa tersebut.-.-"

Betul lah sudah hilang rasa malunya pada orang lain.Lagipun bersentuhan dengan kekasih yang belum dikahwini menunjukkan betapa tak malunya kita pada Allah.Bila dengan Allah pun tak malu,dengan sesama manusia apatah lagi.Paling tak boleh blah salam cium-cium tangan bajet pakwe tu suami,konon suci lah perbuatan tu.

Boleh pulak berharap hubungan yang dibina dan kasih yang tercipta sambil pegang-pegang ni kekal selamanya?Harapan itu disandarkan pada siapa?Bukankah Allah tempat kita meminta?

Tak malu ke minta dengan Allah keberkatan di samping kita terang-terangan melanggar perintahNya?

SEDARKAN DIRI!Jangan bergelumang dengan maksiat.Lagipun berpegang tangan,bersentuh-sentuhan inilah permulaan kepada zina.Sayang tak perlu ditunjukkan begini.

Allah berpesan jangan mendekati zina dalam Surah Al-Isra' ayat 32.
Dan janganlah kamu menghampiri zina; (zina) itu sungguh satu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk.

Kita elakkan lah daripada buat perkara-perkara maksiat ini.Mungkin sebab ramai orang buat begini,kita pun nak mengikut juga.Tapi bersentuhan dengan lelaki ini berdosa dalam Islam.Tak payahlah buat.Sebab tu Nabi Muhammad SAW larang kita berdua-duaan dengan lelaki atau dating sebab syaitan akan senang menggoda kita.Tapi dating juga.Couple mesti nak dating.Sebab tu orang tak bagi couple.Tapi couple juga.

Pandai-pandailah mencari redha Allah dalam hidup ini.

Sunday, December 18, 2011

tudung dan fesyen

Sekarang ni banyak sungguh jenis tudung dan senang nak dapat.Classmate aku pun ada menjual pashmina secara kecil-kecilan.Dah lah murah,cantik pulak.-.-"

Aku ada membaca komen dan pandangan-pandangan mengenai fesyen tudung yang pelbagai sekarang ni.Ada yang mengutuk dan cakap perempuan ni menyusahkan diri sendiri lah.(Sebab nak kena lilit-lilit, pakai berlapis-lapis,letak pin banyak-banyak)Tapi, suka hati si pemakai lah kan.Susahkan diri dia.Kalau menyusahkan lah.
Bersederhana juga salah satu cara^^
Ada juga yang sampai judge niat sebenar orang pakai tudung dengan gaya sekarang ni.Katanya sebab nak menunjuk-nunjuk semata.Tapi kita sesama manusia tak layak pun untuk menilai niat orang lain.

Tapi perlu untuk menilai diri sendiri.Kita kena jelas dengan sebab kita bertudung.Bertudung kerana Allah.Allah yang suruh.Ini perintah agama.Kita nak jadi hamba yang baik dan patuh sebab tu kita bertudung.

Bukan sebab sekarang ni trend pakai tudung berfesyen.Bukan kita sekadar bertudung ikut-ikutan.Bukan sebab kita nak nampak cantik semata-mata.Sebab stail tudung sekarang kononnya cantik.Padahal banyak je aku tengok orang pakai tudung fesyen sekarang nampak buruk.I mean tak cantik,tak sesuai,macam pelik sangat,tak sanggup nak tengok.-.-"

Tapi still boleh je nak berfesyen dalam memakai tudung.Kata sesetengah orang tu,lagi baik dari freehair.Lagi baik dari segi bertudung atau tak.Bukan siapa lebih baik daripada siapa.Tapi penuhilah suruhan Allah supaya bertudung sesempurna mungkin.

Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka(aurat)..~Surah An-Nur 24:31~

Covering the chest is the best!

Friday, December 16, 2011

cinta konon!

Hang tau x
Aku tangkap bom untuk hang
Aku kerat tangan potong potong potong semua ni untuk hang
Aku terjun atas landasan keretapi
Keretapi lenyek aku
Aku buat semua tu semata-mata untuk hang
-Grenade versi Matluthfi,rant on lagu cinta-

Aku ingat lagu-lagu cinta sekadar lagu je.Sekadar buat halwa telinga.Tak sangka pulak aku orang boleh betul-betul depressed macam lirik lagu.Aku rasa lagu macam tu salah jugak dalam hal ni.Tapi orang yang bercinta,putus cinta,kena dump,cinta tiga segi,gila cintakan orang lain lagi bersalah.Bersalah dengan diri sendiri.

Kenapa nak memenjarakan diri dalam rasa yang menipu?Kenapa nak menjadi hamba kepada perasaan?

Aku cakap ni sebab aku sayang, terutamanya adik-adik yang masih dekat sekolah.SPM pun tak lepas lagi sibuk nak bercinta,lepas tu patah hati.Sedih,menangis berhari-hari tapi seminggu lepas tu bercinta dengan orang lain pulak.Cakap pulak sayang gila dekat kekasih hati baru.Macam mana aku nak percaya macam tu boleh kata sayang dan cinta?

Ada jugak yang putus cinta tapi tak boleh terima.Salahkan orang ketiga lah,diri sendiri lah.Bertahun-tahun pun still nak minta baik balik.Kalau orang tak ingin dengan kita tak payah nak terhegeh-hegeh sangatlah.Tak tahu malu ke?

Yang aku geramkan sangat,bukan perempuan je yang jiwang karat ni tapi lelaki pun sama.(Besi atau logam yang berkarat bersifat rapuh, mudah larut, serta bersifat racun. Hal ini tentu berbahaya dan merugikan.Kalau jiwa berkarat?)Rugi modal insan untuk ISLAM!

Sudah semestinya bukan semua lelaki dan perempuan.Karang kalau aku lepaskan rasa menyampah aku,ada je yang sentap.Aku bertambah kesal sebab bukan budak-budak sekolah je sebenarnya macam ni,tapi yang dah layak jadi mak bapak pun sama.Tolonglah semua orang,sedarkan diri daripada rasa 'cinta' yang ntahapehapentah tu.

Macam mana cinta  ntahapehapentah?

Rasa cinta yang tak didasari cinta pada Allah.Tak mengenal Pencipta rasa cinta pun tapi nak mengaku cinta sejati dan tulus(?)Tak fikir pun macam mana nak masuk syurga,nak beramal amalan ahli syurga tapi cakap dekat kekasih nak tunggu di pintu syurga(?)

Kenali Allah,kenali diri sendiri,lepas tu sendiri mau rasa ada ke lagi sayang cinta dekat orang yang tak halal untuk kita tu.Bila kita menjaga hubungan dengan Allah,insyaAllah Dia akan memelihara hati kita daripada perasaan yang sia-sia.

Wednesday, December 7, 2011

love yourself

Banyakkan berdoa, banyakkan berbicara yang positif, banyakkan memberi motivasi.

Bukan untuk sesiapa, lebih kepada diri sendiri.(Ustaz Hasrizal)



Perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan.~Surah Hud 11: 114~

Kita sedar sering berdosa,
Kenapa masih tak nak buat baik banyak-banyak?

Monday, December 5, 2011

bayu dari syurga

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud,

"Bau kanak-kanak itu adalah daripada bau syurga" (HR Al-Tabrani)


Mood : Nak peluk cium baby ♥ ♥ 

Saturday, December 3, 2011

the scientist

Dia sangat sibuk dalam dunianya.Bukan sekadar sibuk dengan kelas dan lablablab tapi juga kerja-kerja dakwah.Bukan aku seorang yang perasan perkara itu.Lalu dia menjadi bualan ramai.

Baik.Bijak.Berkarisma.Sedap mata memandang.*Nampak sangat tidak menjaga pandangan.GRRR*

Aku pun mengiyakan dalam hati.Sebab mereka tak tahu berapa banyak rama-rama dalam perut aku bila bertemu dia.Tapi aku tetap berharap selalu bertemu.Bertemu dalam definisi aku.Tidak perlu bertemu mata.Sekadar aku menemukan dia dari kejauhan pandangan.

Aku meneliti rasa ini.Sebab apa ya?Sebab segala kebaikan dan kelebihan dia yang semakin terserlah?Sebab ramai yang memuji?Sebab aku belum kahwin lagi?Atau sebab aku tak menjaga hubungan dengan Tuhan?Jadi aku mengisi kekosongan rasa dengan dia?

Tahu ke?Macam tak je. -.-"

Aku memang tak cuba menipu tentang rasa sendiri.Aku juga tak ingin menipu diri sendiri yang kononya dia juga merasa perkara sama.Aku cuma mahu jelas dengan diri sendiri.Or this thingy doesn't work like that?

Apalah kekuatan aku tanpa Tuhan.Kepada-Nya jua aku bercerita dan meminta.Kerana cuma Dia yang paling memahami dan paling tahu yang terbaik.

Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya,sungguh beruntung orang yang menyucikannya(jiwa itu),dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.~Surah Al-Lail 92:8-10~

p/s: Doakan aku.Supaya kuat menjaga mata dan hati!