"Budak-budak sekarang pandai bercakap,tapi beramal kurang."
Agak sentap dengan kata-kata ummi hari tu.Aku pun sedar trend sekarang terutamanya budak-budak baru belajar macam aku ni selalu sangat nak mempersoalkan kesahihan hadis dan ibadat yang diamalkan orang ramai.
Sedangkan baru belajar sikit dah nak tuduh itu bidaah ini bidaah.Kononnya Nabi Muhammad tak buat macam tu kita pun tak nak buat jugak.Tapi tengok movie, dengar lagu lagha, baca komik lagha dan segala macam benda lagha buat pulak.
Bila orang ajak beramal, baca Yassin dekat masjid malam Jumaat, puasa di bulan Rejab hari tu dan beberapa ibadah lain kita mula beralasan sunnah Nabi begitu dan begini.Lastly apa amal pun tak buat.
Bukan apa,kalau kita ni betul-betul beramal dengan segala yang Nabi Muhammad buat, alhamdulillah tapi tak perlu lah kita pula nak melarang orang lain beribadah.Bidaah yang mungkar tu yang perlu kita larang bukannya tak bagi orang baca Quran, puasa semua tu.
Lagipun ulama' dan salafussoleh yang mengajak masyarakat beramal itu orang-orang yang dekat dengan Allah sedangkan kita ni nak dibandingkan dengan mereka pun jauh apalagi nak mempersoalkan amal mereka.
Kita ni tak tau dalam amal ibadah kita yang mana terdapatnya redha Allah dan Ibnul Qayyim berkata ;
Orang yg menempuh perjalanan menuju Allah dan negeri akhirat, bahkan semua orang yang menempuh perjalanan, tidak akan sempurna perjalanannya dan tidak akan sampai kepada tujuannya kecuali dengan dua kekuatan …. yakni kekuatan ILMU dan kekuatan AMAL .
p/s: Sekarang pun dah dekat Ramadhan apakata kita amalkan puasa sunat.Lagipun Nabi Muhammad banyak berpuasa di bulan Syaaban.^^